~gades merah jambu~


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 23 April 2011

"Budaya Hidup Sihat"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu di dewan yang besar dan dingin ini.Yang mulia tuan pengerusi majlis,tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap pada malam ini.Tajuk perbincangan yang diberikan kepada saya ialah mengenai budaya hidup sihat.



Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

        Badan manusia merupakan satu mekanisme yang kompleks dan mengagumkan.Kesihatan badan khusus kesihatan fizikal melibatkan fungsi fisiologi dan anatomi badan.Kesihatan badan turut merangkumi kesihatan mental,emosi,rohani,dan sosial.Mengamalkan budaya hidup sihat membantu kita mencapai tahap kesihatan optimum seterusnya menjamin kesejahteraan hidup.Oleh itu,sebelum melangkah dengan lebih jauh,kita harus mengenalpasti erti sebenar apakah dikatakan dengan budaya hidup yang sihat.

        Dalam kerangka budaya hidup sihat komponen utama yang harus dititikberatkan ialah pemakanan yang seimbang.Secara amnya,makanan berfungsi sebagai pembekal tenaga dan berperanan dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang.Diet yang seimbang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul sejajar dengan keperluan tubuh manusia.Namun,implikasi pengambilan makanan yang berkolesterol dan berparas glukosa tinggi secara berlebihan pula ialah penyakit-penyakit popular pada masa kini.Contohnya,kencing manis dan tekanan darah tinggi.Ekoran daripada itu,setiap individu perlu peka dan mengamalkan sikap berwasatiah dalam pemilihan barangan makanan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

       Sementara itu,kebersihan diri dan persekitaran perlu dititikberatkan.Keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menjaga kebersihan khusus dalam diri individu dan masyarakat umumnya.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya boleh diaplikasikan dalam hal ini.Persekitaran fizikal di dalam dan luar rumah seharusnya bersih dan menunjukkan taraf kesihatan yang membanggakan kerana pepatah Arab ada mengatakan "Annazofatul minal iman".Pelbagai jenis penyakit dapat dielakkan jika amalan ini telah dibudayakan.Semua hai ini membuktikan kepentingan menjaga kebersihan diri dan alam sekitar demi menyejahterakan hidup.

       "Badan cergas,minda cerdas".Ungkapan ini jelas menggambarkan kepentingan amalan kecergasan dalam kehidupan seharian.Amalan ini boleh disesuaikan dengan aktiviti seharian selari dengan kehendak setiap individu.Berjalan pantas,berjoging,berbasikal dan berlari ialah aktiviti senaman yang tidak memerlukan perbelanjaan besar.Amalan kecergasan melancarkan metabolisme lemak,meningkatkan kadar denyutan jantung dan melancarkan peredaran darah.

        Seperkara kita perlu selalu menerima rawatan doktor.Melalui rawatan seperti ini segala penyakit kronik dapat dikesan lebih awal.Sesungguhnya,"Alwiqayah khairun minal i'laj" iaitu mencegah lebih baik daripada mengubat.Justeru,kita harus membuat rawatan untuk mengenalpasti lebih awal akan penyakit yang kita hidapi.Kemudian barulah kita dapat mengawal akan penyakit tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

       Pokoknya,kesedaran diri setiap individu disertai dengan pegangan agama yang mapan merupakan akar umbi dalam mencapai kesihatan dan kehidupan sempurna.Penyakit-penyakit berbahaya dapat dielakkan.Kadar hayat yang lebih berkualiti dapat dinikmati.Oleh itu,usaha-usaha yang dilancarkan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan taraf kesihatan negara adalah sia-sia tanpa penglibatan tuntas oleh masyarakat.

      Sebelum saya mengundur diri,sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengundang saya bercakap kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada malam ini dan saya memohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran bahasa sepanjang ucapan saya tadi.

1 comment:

  1. gud luck utk abh mlm nie,,hu3..bgga rse abh bg ucapan yg aku tulis,,hu3..GUD LUCK buat abh yg tercinta..

    ReplyDelete